Usul Hal Ehwal Tanah di Sabah

COLOURFUL SABAHANS - - Posted on November, 8 at 9:07 am

Konvensyen UPKO 2009 (Biro Perundangan dan Hal Ehwal Tanah)

Tidak lama dahulu, UPKO melalui Biro Perundangan dan Hal-Ehwal Tanah telah mengadakan seminar tanah di beberapa daerah di Sabah. Di sepanjang seminar tersebut dan seperti yang dijangka, pihak UPKO mengetahui bahawa Sabah mempunyal banyak masalah mengenai dengan tanah. Antara masalah-masalah yang sering kali dihadapi oleh rakyat adalah seperti berikut:

 

1.                Permohonan tanah yang bertir~dih-tindih dan kerap kali pemohon yang terkemudian pula diberi layanan dan kelulusan.

 

2.                Masa untuk memproses permohohan tanah adaiah terlalu lama dan rnasa menunggu untuk pengukuran tanah adalah terialu lama dan oleh itu pegeluaran geran juga rnengarnbil masa yang terlalu lama.

 

3.                Terlalu sukar bagi rakyat untuk mendapatkan tanah berdasarkan hak tanah-adat (Native Custornary Right) kerana seolah-olah kerajaan cenderung untuk menafikan hak tersebut dan oleh kerana ini rakyat terus mengusaha tanah yang mereka duduki tanpa geran.

 

4.                Walaupun tanah sudahpun diusahakan oleh seseorang pengusaha bertahun-tahun latnanya tanpa bergeran, tetapi apabila orang lain rnemohon tanah it:u, kerajaan dengan mudah sahaia meluluskannya tanpa rnengambil kira bahawa sebenamya tanah tersebut suJahpun diusahakan ~oleh .~engusaha tersebut dan menentap di kawasan tersebut.

 

5.                Kerajaan cenderung dan bermurah hati untuk melulusk~n tanah yang besar kepada syarikatsya^fikat dan m¢rnbelakangi kepentingan-kepentingan rakyat dan oleh kerana ini tidak ada tanah. Iagi yang mereka boleh pohon, dan kawasan perkampungan, kawasan tanaman dan perkuburan mereka juga terperangkap dalam kawasan tanah tersebut. Conto.h: kerajaan ~elah meluluskan tanah seluar 60,009 hektar di Kota Marudu kepada sebuah syarikat.

 

6.                Permintaan rakyat untuk diberikan kawasan “comrnunity title” bagi orang-orang Anak Negeri untuk mendirikan rumah dan bercucuk tanam secara berkumpulan tidak diberi perhatian.

 

7.                Bilangan atau keluasan tanah yang berstatus Native Title adalah semakin berkurangan.

 

8.                Banyak perkampungan den~an penduduk yang ramai teJah terperangkap dalarn kawasan H.utan Simpan dan FMU sedangkan mereka sudah berada di situ sebelum Hutan Simpan itu digazetkan dan FMU itu diluluskan kepada syarikat-syarikat.

 

9.                Masalah-masalah yang sering disuarakan oleh rakyat seperti di atas adalah ‘genuine’ dan harus diberi perhatian secara serius oleh kerajaan.

 

Maka, (KONVENSYEN UPKO hari ini mencadangkan seperti berikut:

 

a)                Bahawa kerajaan hendaklah lebih prihatin dan telus apabila memproses permohonan yang bertindih. Permohonan pertama haruslah diberi keutamaan.

 

b)                BAHawa kerajaan hendklah menggunakan cara dan kaedah yang sesuai untuk memendekkan masa memproses permohonan tanah supaya pengukuran tanah dan pengeluaran geran tanah dapat dibuat dengan cepat.

 

c)                Bahawa kerajaan hendaklah membuat penyiasatan dengan segera jika ia menerima aduan atau tuntutan dari mana-mana individu mengenai kewujudan hak tanah adat (Native Customary Right) supaya jika benar ia wujud maka kerajaan boleh mengeluarkan geran atau memberi pampasan bersesuaian dengan seksyen 16 Ordinan Tanah.

 

d)                Bahawa kerajaan hendaklah jangan melayan permohonan tanah jika tanah yang dipohon itu sudah diusahakan oleh orang lain dan orang tersebut layak mendapatkan keistimewaan hak tanah adat (Native Customary Right) pada tanah tersebut. Untuk ini, notis Seksyen 13 Ordinan Tanah harus disampaikan kepada mereka yang sudah mengusaha tanah tersebut dan pemeriksaan lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Ukur di kawasan tanah tersebut hendaklah dibuat tanpa gagal.

 

e)                Bahawa kerajaan hendaklah membatalkan kelulusan-kelulusan tanah yang luas kepada syarikat syarikat yang akan menafikan hak rakyat untuk memohon tanah kerana tidak ada lagi baki tanah yang tinggal, dan kawasan syarikat tersebut telah menceroboh kawasan perkampungan rakyat.

 

f)                Bahawa kerajaan hendaklah memperbanyakkan “community title” untuk kepentingan orang-orang Anak Negeri di Sabah.

 

 

g)                Bahawa kerajaan hendaklah sentiasa memastikan bahawa jumlah dan keluasan tanah berstatus Native Title sentiasa di tahap yang tinggi

 

h)                Bahawa kerajaan hendaklah mengeluarkan perkampungan yang terperangkap dalam kawasan Hutan Simpan, FMU dan konses~tanah seperti kawasan SFI di Sipitang.


Posted in COLOURFUL SABAHANS |

Leave a Reply